fbpx

1,566 jadi mangsa scam babit kerugian RM68.5 juta di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi ketika ditemui pemberita pada program 'Bual Bicara dan Jenayah Buli Siber, Bijak Bertindak' di Bazar Buku Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, hari ini.

IPOH – Sebanyak 1,566 kertas siasatan dibuka membabitkan kes jenayah komersial di negeri ini dengan nilai kerugian RM68.5 juta untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, daripada 1,566 kertas siasatan yang dibuka itu, sebanyak 1,407 kertas siasatan membabitkan kes penipuan atas talian dengan kerugian RM55.3 juta.

Sebanyak 90 peratus jenayah komersial yang berlaku di Perak melibatkan jenayah penipuan atas talian diikuti tipu bersemuka dengan 60 kes, pecah amanah jenayah (44), ah long (24), jenayah siber (19), pemalsuan (5) dan masing-masing dua kes bagi salah guna harta dengan curang, wang palsu dan lain-lain kes.

“Dalam tempoh Januari hingga Julai lalu juga, sebanyak 688 operasi dilaksanakan dan berjaya membuat 703 tangkapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program ‘Bual Bicara dan Jenayah Buli Siber, Bijak Bertindak’ di Bazar Buku Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini hari ini.

Azizi berkata, sebanyak 613 kes telah dibuat pertuduhan di mahkamah dalam tujuh bulan pertama tahun ini, namun usaha mengesan dan menangkap suspek kes jenayah komersial akan diteruskan .

“Bagi tahun ini, sasaran yang ditetapkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial bagi pertuduhan adalah sebanyak 35 peratus dan kita telah pun melebihi sasaran 39.1 peratus. Peningkatan ini adalah satu pencapaian positif bagi jabatan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI