BANGKOK – Sebuah kereta yang dipandu laju oleh seorang wanita merempuh sebuah kedai perabot di daerah Panas Nikom, wilayah Chonburi, Thailand semalan, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.
Banyak barangan perabot rosak dalam kejadian tersebut.
Kejadian sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) itu mengejutkan pemilik kedai tersebut, Orapin Kuntapam, 57, yang ketika itu sedang berehat di bilik tidurnya.
Orapin berkata, dia mendengar bunyi rempuhan kuat dan mendapati kereta itu telah melanggar tiang konkrit di dalam stor dan menyebabkan kerosakan struktur.
Pemandu itu yang merupakan seorang wanita berusia pertengahan 30-an, mengalami cedera ringan termasuk luka di kepala dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
“Ini adalah kali pertama perkara seperti ini berlaku,” kata Orapin.
Pemeriksaan terperinci dengan bantuan polis sedang dijalankan untuk memastikan tahap kerosakan sepenuhnya dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan pemilik kereta tersebut bagi menilai kerugian. – AGENSI