fbpx

Wanita diserang kanser selepas lahir anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMAL (kanan) menerangkan keadaan anaknya, Zatulaili yang menghidap kanser ketika diziarahi orang ramai di kediamannya di Lorong Mad Dikon, Kampung Tengah, Kluang semalam.

KLUANG – Seorang ibu anak tiga kini hanya mampu terlantar di atas katil selepas disahkan menghidap kanser payudara dan tulang pada hujung tahun lalu.

Jauh di sudut hati Zatulaili Jamal, 37, dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan suami, anak dan bapanya yang kini menguruskan kehidupannya, namun apakan daya kudratnya kini sudah tiada.

Bapanya, Jamal Abdul Samad, 63, berkata, kesihatan anak sulung daripada tujuh beradik itu mula merosot selepas Zatulaili melahirkan anak ketiganya pada 2019.

“Sebelum ini, Zatulaili be­kerja di sebuah kilang bagi membantu keluarganya menyara kehidupan mereka lima beranak.

“Dia berhenti kerja ketika me­lahirkan anak sulung pada usia 27 tahun kerana ingin memberi tumpuan terhadap keluarga,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Lorong Haji Dikon, Kampung Tengah di sini semalam.

Selepas melayari bahtera rumah tangga lebih 10 tahun, Zatulaili diuji dengan derita kanser dan terpaksa bergantung harap kepada bapanya yang menguruskan kehidupan sehariannya serta tiga anaknya.

Jamal yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, menantunya, Mohd. Nursazrul Ali, 37, pula terpaksa berulang-alik dari Kluang ke Pasir Gudang setiap hari untuk mencari nafkah keluarganya.

“Anak saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail sebelum dipindahkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang.

“Sepanjang tempoh sejak 2019 hingga tahun ini, kira-kira RM67,000 telah dibelanjakan untuk rawatan penyakit yang dihadapinya, namun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan pulih,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh meng­hubungi Jamal di talian 013-664 0090 atau datang sendiri ke alamat 181A Lorong Mad Dikon di Kampung Tengah, Kluang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI