fbpx

Wanita cantik tawar khidmat teman menonton wayang di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan wanita-wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di bandar Shenzhen. - Tribunnews

BEIJING – Satu klip video tular di media sosial di China memaparkan wanita-wanita yang menawarkan perkhidmatan ‘teman wanita cantik untuk disewa’, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Tawaran itu dibuka kepada lelaki yang kesepian dan mahukan peneman atau perkhidmatan tertentu. 

Antaranya adalah perkhidmatan menonton wayang bersama dan banyak lagi.

Lebih mengejutkan apabila setiap perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga yang berbeza. 

Harga perkhidmatan untuk menemani pelanggan menonton wayang adalah 15 yuan (RM9.39). 

Rakaman juga memaparkan wanita-wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan itu di tepi jalan sambil mengenakan pakaian seksi untuk menarik pelanggan. 

Bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian untuk tidak menerima sebarang permintaan seksual. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI