fbpx

Tiada laporan polis, siasatan XFOX dilakukan BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kes penipuan membabitkan XFOX Market Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan ke atas syarikat pelaburan itu juga dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Semakan mendapati sejak XFOX Market ditubuhkan pada tahun 2021 sehingga kini tiada mangsa membuat laporan polis berkaitan penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan syarikat itu.

“Syarikat itu kini dalam siasatan BNM kerana kesalahan pengambilan deposit secara haram mengikut Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pelbagai barangan mewah dan 92 akaun bank bernilai lebih RM30 juta milik syarikat pelaburan yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan dirampas serta disita BNM.

BNM menerusi kenyataannya dilaporkan berkata, rampasan dan sitaan itu dibuat hasil operasi bersepadu yang dijalankan ke atas 12 premis berkaitan di sekitar Lembah Klang.

Serbuan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Lembaga Hasil Dalam Negeri, CyberSecurity Malaysia dan polis menerusi Pusat Jenayah Kewangan Nasional.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI