fbpx

Sunway Ipoh Mall bakal jadi pusat beli-belah terbesar di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tengah) pada majlis pecah tanah projek Sunway City Ipoh, semalam.

IPOH – Konglomerat Malaysia, Kumpulan Sunway bakal membina sebuah pusat beli-belah terbesar di Perak, terletak di Tambun dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah lebih RM1 bilion.

Dinamakan sebagai Sunway Ipoh Mall, pusat beli-belah itu akan dibina bersebelahan taman rekreasi air popular di Tambun melibatkan keluasan tanah lebih 17 ekar dan dijangka dibuka pada tahun 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyambut baik pembangunan tersebut kerana selari dengan pelbagai pelaburan mega yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi negeri itu.

“Sunway Ipoh Mall yang akan didirikan nanti bukan sahaja akan mengubah wajah Ipoh secara fizikal.

“Ia juga akan menggamit pertumbuhan lebih pesat bandar Sunway yang selama ini menjadi antara lokasi tumpuan, bukan sahaja penduduk tempatan, malahan pelancong dalam dan luar negara,” katanya semasa hadir ke majlis pecah tanah projek pembinaan pusat beli-belah itu di sini semalam.

Pusat beli belah itu merupakan pembangunan terbaharu di Sunway City Ipoh yang merangkumi taman tema, hospitaliti, penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan komersial yang berkeluasan 1,350 ekar.

Sunway Ipoh Mall akan mempunyai lebih sejuta kaki persegi kawasan sewaan bersih meliputi empat tingkat ruang peruncitan, gelanggang luncur ais pertama di Perak serta pawagam.

Kumpulan Sunway juga bakal membuka hospital dengan nama Sunway Medical Centre Ipoh yang dijangka beroperasi menjelang awal tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI