fbpx

Shukri Yahaya tunggu nak kerjakan watak songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI pelakon, Shukri tidak memilih watak dan sentiasa mahu cuba sesuatu yang baharu. – AFIQ RAZALI

BERADA dalam kelompok pelakon ‘gred A’ bukan tiket untuk Shukri Yahaya mendabik dada apatah lagi bersikap selektif dalam setiap watak yang ditawarkan kepadanya.

Kata pemilik nama penuh Mohd Shukri Yahaya itu, setiap tawaran dianggap sebagai tanggungjawab dan kepercayaan daripada penerbit mahupun pengarah yang yakin dengan kemampuannya untuk membintangi sesebuah naskhah.

Pelakon berusia 36 tahun itu turut menegaskan tiada guna bersikap terlalu selektif kerana masih mahu mewarnai kanvas seninya dengan mencuba pelbagai karakter.

HIBGLAM: Lebih sedekad bergelar pelakon, adakah Shukri semakin selektif dalam menerima sebarang watak?
SHUKRI YAHAYA: Saya tidak memilih drama mahupun watak sebab saya anggap itu tanggungjawab. Tiada istilah selektif mahupun cerewet, saya bukan jenis begitu.
Kalau orang cakap saya terima naskhah kurang menarik, sebenarnya itu tugas pelakon untuk mencantikkan karya tersebut.

Kerap menjayakan drama berat, adakah itu memang pilihan sendiri atau tiada tawaran untuk genre berbeza?
Kalau anda perasan, dalam setahun saya hanya ada satu atau dua drama sahaja tetapi alhamdulillah semua berjaya. Kalau orang cakap saya selalu berlakon drama yang mesejnya berat, saya sendiri tiada jawapan.

Sebenarnya saya masih mencari ruang untuk mempelbagaikan karakter agar penonton tidak bosan menonton drama lakonan saya. Bukan penat dengan drama berat tetapi mahu mevariasikan lakonan.

Sebagai pelakon pasti ada watak yang belum anda lakonkan, boleh kongsi?
Banyak lagi yang saya tak cuba, salah satunya watak berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti yang pernah dilakonkan Aaron Aziz dan Gambit Saifullah dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Sebenarnya watak atau naskhah mengenai LGBT antara yang ditunggu, namun kena lihat keterbukaan industri kreatif kita.
Kalau diberi peluang, saya mahu buat tetapi tetap menolak babak terlalu intim.

Sering digandingkan dengan ramai pelakon wanita dalam drama, bagaimana dengan respons isteri anda? Adakah wujud rasa cemburu?
Perempuan dan isteri mana yang tak cemburu tetapi dia tidaklah menunjukkan emosi tersebut secara melampaui batas.

Dia tidaklah meletakkan sebarang syarat tetapi sebagai suami saya sedar batas yang perlu dijaga termasuk ‘senarai’ pelakon dia kurang berkenan.
Apa pun, dia isteri yang sangat memahami dan merupakan penyokong kuat saya untuk terus berkarya sehingga hari ini.

Boleh anda kongsi tentang drama Hai Cinta Dengarkanlah arahan Eoon Shuhaini?
Ini kali pertama saya digandingkan dengan Anna Jobling, kerja dengannya seronok dan mudah serta tiada masalah untuk kami bina keserasian.

Drama ini bukan mengenai lelaki yang hanya mengejar perempuan dan tidak sarat dengan isu.
Watak saya sebagai juruterbang bernama Adib. Karakter dan drama ini agak ringan, harap saya mampu menggalas tanggungjawab ini dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI