fbpx

Semak keputusan rayuan ke universiti awam Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh mula menyemak keputusan rayuan kemasukan ke universiti awam (UA) bagi sesi Akademi 2024/2025 mulai Selasa ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari 6 Ogos hingga 15 Ogos ini.

Beliau berkata, pemohon yang layak perlu menjawab surat setuju terima bermula 7 hingga 15 Ogos ini.

“Kami menerima 27,407 permohonan rayuan dari pemohon lepasan SPM 2023 namun, hanya 9,459 tempat disediakan.

“Bagi sesi rayuan ini, sebanyak 246 program ditawarkan dimana 13 program daripadanya membabitkan proses temuduga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, semakan rayuan boleh dibuat menerusi portal UA masing-masing dan aplikasi UPUPocket. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI