fbpx

Remaja maut, motosikal bergesel Honda HRV lalu rempuh gerai burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Yamaha R25 yang terlibat dalam kemalangan maut bergesel dengan kenderaan Honda HRV sebelum merempuh sebuah gerai burger di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman maut selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan kenderaan utiliti sukan, Honda HRV di Jalan Sultan Mahmud berhampiran Masjid Tengku Haji Nik, Batu Burok di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.55 petang itu, mangsa, Muhammad Aiman Faiz Azman, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, remaja yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 itu dikatakan dalam perjalanan ke Batu Burok dari rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis Honda HRV yang sedang membelok memasuki persimpangan ke Masjid Tengku Haji Nik.

“Impak kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebuah gerai burger yang terletak di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, Muhammad Aiman Faiz dikatakan tercampak ke jalan raya berikutan kemalangan tersebut.

Tambah beliau, mayat remaja lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI