fbpx

Remaja 15 tahun maut, dua motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Hairis Irsyad yang maut akibat kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Kampung Telari, Manir, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi termasuk rakan baiknya cedera parah setelah dua motosikal bertembung di Jalan Kampung Telari, Manir di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 10.26 malam itu, mangsa, Muhammad Hairis Irsyad Azhar, 15, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Rakannya, Ahmad Uwais Qarni Azrul, 15, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 dinaiki mereka dan seorang lagi mangsa, Muhammad Hafiz Hafiza Mazlan, 25, pula cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, motosikal Yamaha LC 135 dinaiki Muhammad Hairis Irsyad dan Muhammad Hafiz Hafiza dikatakan dalam perjalanan ke Banggol Peradong dari Kampung Kebor Besar, Manir di sini.

“Motosikal dinaiki kedua-dua remaja tersebut tiba-tiba dirempuh sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi Muhammad Hafiz Hafiza yang memasuki laluan dari bahu jalan.

“Muhammad Hafiz Hafiza dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Tok Esah, Manir di sini dari sebuah kedai runcit yang terletak di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, impak rempuhan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak ke atas jalan.

Beliau berkata, mayat Muhammad Hairis Irsyad yang membonceng motosikal Yahama LC 135 telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI