fbpx

Proton Saga rekod jualan tertinggi dalam lebih sedekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton Saga dijual sebanyak 7,855 unit pada Julai lalu.

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton menjual 15,103 unit pada Julai 2024 (domestik dan eksport), dipacu oleh jualan model Proton Saga yang telah menyaksikan prestasi terbaiknya untuk tempoh lebih sedekad lalu.

Proton Saga terjual sebanyak 7,855 unit bulan lalu, pencapaian terbaiknya sejak Oktober 2013. Ini membawa jumlah jualan Saga tahun ini kepada 42,693 unit.

Dua lagi model Proton, iaitu X50 dan Persona turut merekodkan prestasi jualan terbaiknya tahun ini, masing-masing pada 2,585 unit dan 1,911 unit pada Julai lalu.

Jumlah jualan tahunan Proton sehingga kini adalah berjumlah 88,799 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Julai telah menjadi bulan terbaik untuk Proton pada tahun 2024 setakat ini, menetapkan arah bagi separuh tahun kedua yang produktif, selepas penutupan kilang berjadual pada Jun untuk aktiviti penambahbaikan operasi.

“Proton sedang merangka banyak rancangan yang akan dilaksanakan dalam bulan-bulan akan datang, dimulakan dengan pelancaran Proton X70 2025 pada Ogos.

“Pada masa yang sama, kerja asas untuk pelancaran model kenderaan elektrik (EV) pertama Proton juga sedang dijalankan dengan pantas sebagai persediaan untuk pelancaran EV pertama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI