fbpx

PRK DUN Nenggiri: Persiapan penamaan calon lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pentas pengumuman calon yang bertanding pada PRK DUN Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Persiapan bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini esok berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud berkata, setakat ini, semua proses berjalan lancar dan simulasi penamaan calon turut diadakan hari ini.

“Persiapan bagi proses penamaan calon berjalan lancar dan seramai 424 petugas SPR terbabit esok.

“Hanya 30 penyokong bagi setiap calon dibenarkan masuk ke dalam kawasan persekitaran pusat penamaan. Bagi penyokong lain, mereka hanya dibenarkan berada pada jarak 50 meter dari pekarangan dewan,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dipetik berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI