fbpx

Petinju wanita Itali tidak mahu hilang nyawa, mengaku kalah selepas 46 saat bertarung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARINI (depan) menangis selepas bertarung selama 46 saat dengan Khelif di Sukan Olimpik Paris semalam. - Foto EPA

PARIS – Petinju Wanita Itali, Angela Carini menangis selepas menarik diri daripada pertarungannya menentang Imane Khelif dari Algeria pada Sukan Olimpik di Paris, lapor akhbar Guardian semalam.

Carini menarik diri selepas pertarungan mereka berlangsung cuma 46 saat.

Dia kalah dalam pertarungan yang mencetuskan kontroversi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Khelif adalah salah seorang daripada dua petinju yang dibenarkan bertanding pada  Sukan Olimpik walaupun telah hilang kelayakan daripada kejohanan dunia wanita tahun lepas kerana gagal dalam ujian kelayakan jantina.

Dalam adegan yang bersemangat di Arena Paris Utara, tumbukan kedua dari pada Khelif mengenai dagu Calini dan menyebabkan seluar pendeknya terkena percikan darah. 

Selepas beberapa tumbukan, Carini kembali ke sudutnya dan mengangkat tangan mengaku kalah. 

Dia jatuh melutut sambil menangis teresak-esak dan enggan berjabat tangan dengan Khelif selepas petinju Algeria itu diumumkan sebagai pemenang.

Carini berkata, dia telah menarik diri kerana sayangkan nyawanya. Dia menerima tumbukan lebih kuat  dan bimbang hidungnya patah. 

“Hati saya remuk. Saya tidak pernah merasakan tumbukan seperti ini.

“Saya berasa sakit yang kuat di bahagian hidung. Saya tidak dapat menghabiskan pertarungan selepas terkena tumbukan di hidung. Jadi, adalah lebih baik untuk menamatkannya,” ujarnya. 

Presiden Persekutuan Tinju Antarabangsa, Umar Kremlev mendakwa kepada agensi berita TASS pada tahun lalu bahawa Khelif memiliki kromosom XY yang dimiliki oleh jantina lelaki. – AGENSI.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI