fbpx

Perjuangan mereka belum selesai – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (kanan) memuat naik gambar ketika bertemu dengan Pearly dan Thinaah (kiri) bersama bekas ratu skuasy tanah air, Datuk Nicol Ann David. - Foto FACEBOOK HANNAH YEOH

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan beregu wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah untuk terus fokus pada aksi penentuan pingat gangsa esok meskipun berdepan kesedihan dalam aksi separuh akhir hari ini.

“Pencarian pingat emas mungkin telah berakhir hari ini di Paris untuk Pearly dan Thinaah, tetapi saya mengingatkan mereka mengenai perkara ini, nadi utama dalam mengejar emas adalah semangat kecermelangan.

“Kami mahu atlet dan generasi muda Malaysia untuk memikul dengan baik setiap tugasan yang mereka lakukan.

“Gadis-gadis kita jelas mempamerkan semangat kecemerlangan dengan menolak pasangan nombor 1 dunia China kepada rubber set. Pearly dan Thinaah bermain dengan sepenuh hati. Mereka memberikan segalanya. Saya tidak boleh meminta lebih,” kata Hannah menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya.

Dalam masa sama, Hannah turut memberi semangat kepada Pearly dan Thinaah dalam memburu kejayaan pertama Malaysia memiliki pingat dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

“Esok kita naik podium. Pertempuran belum berakhir. Mari hadir untuk mereka. #KitaSemuaTeamMAS,” katanya.

Pada aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena pagi tadi (petang di Malaysia), harapan rakyat Malaysia untuk melihat mereka mara ke final tidak kesampaian selepas Pearly-Thinaah tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 78 minit.

Esok, mereka bakal bertemu pasangan nombor lima dunia iaitu Liu Sheng Shu-Tang Ning dari China atau Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi penentuan pingat gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI