fbpx

Penang FC lepas geram, benam KDN FC 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodrigo (kanan) meledakkan jaringan pertama Penang FC ketika menentang KDN FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC mula menunjukkan taring apabila menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 3-0 dalam aksi Liga Super 2024 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, malam ini.

Kemenangan ketika menentang pasukan lawan di laman sendiri itu adalah yang julung kali setelah beraksi sepanjang tujuh perlawanan.

Skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli itu dilihat menunjukkan rentak cemerlang seawal awal masa pertama dengan mendahului jaringan sulung pada minit ke-14, hasil tandukan penyerang import dari Brazil, Rodrigo Dias.

Gol pertama itu nyata membuatkan pasukan yang mendapat jolokan Harimau Kumbang lebih bersemangat untuk beraksi di hadapan kira-kira 1,543 penyokong yang hadir.

Perlawanan menjadi bertambah garang apabila pemain tengahnya, Nik Akif Syahiran Nik Mat berjaya meledak kemas gol kedua, selang minit ke-34.

Memasuki babak kedua, pasukan kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Jaehong Park bagaimanapun dilihat semakin agresif bagi menyamakan kedudukan apabila melancarkan serangan yang bertali arus.

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan mereka yang diterajui oleh Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali, Adam Danial Md. Zaid serta pemain gantian, Valdumar Augusto membuatkan pelawat terpaksa memendamkan hasrat membenam pasukan tuan rumah.

Gol ketiga Penang FC disudahi oleh Kapten, Rafael Vitor sekali gus berjaya menunaikan impian mereka untuk memenangi perlawanan ketujuh itu di tempat sendiri.

Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat dan Penang FC ketika ini mendaki tangga ketujuh liga mendahului Kedah FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI