fbpx

Penang FC akhirnya menang di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENANG berjaya merakam kemenangan pertama di laman sendiri selepas menumpaskan KDN FC 3-0 di Stadium Bandaraya malam tadi. - FB PENANG FC

GEORGE TOWN – Penang FC tidak menjangka mereka berjaya meraih kemenangan sulung di laman sendiri setelah menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 3-0 dalam aksi Liga Super 2024 di Stadium Bandaraya malam tadi.

Kemenangan ke atas skuad ketua Jurulatih dari Korea Selatan itu nyata menambahkan lagi semangat buat Harimau Kumbang untuk beraksi lebih cemerlang.

Ketua Jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, kemenangan pertama itu telah membuktikan usaha yang dipamerkan kesebelasan anak buahnya setelah masing-masing bertanggungjawab menggalas kemenangan.

“Ini kemenangan pertama kita. Pemain semua belum dapat menjaringkan gol lagi lagi pada musim ini.

“Beraksi di Stadium Bandaraya, masing-masing kena ambil tanggungjawab untuk mendapatkan kemenangan. Ini penting kerana hendak bersaing dengan pasukan-pasukan yang berada di atas dan kita tidak mahu ketinggalan mata.

“Alhamdulillah…pemain telah mempamerkan aksi yang baik bagi saya kerana bukan mudah bermain dengan pasukan Kelantan yang mempunyai ramai pemain muda. Mereka (Penang FC) sentiasa berlari, berkejar dalam padang apabila mereka bertahan dan menyerang,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Akmal memberitahu, beliau berharap momentum kemenangan menentang KDN FC malam tadi dapat dikekalkan ketika bertemu pasukan Kuching FC minggu depan.

“Saya berpuas hati (aksi Penang FC) dan yang penting kemenangan tiga mata itu paling cukup penting. Apa yang penting lagi adalah tiga jaringan yang dapat dihasilkan malam ini (malam tadi) dan pertahanan kita sekali lagi buat kali keempat tidak bolos.

“Saya harap ini menjadi motivasi terbaik untuk kita terus bersaing dengan pasukan-pasukan yang lebih besar selepas ini dan apa yang saya lihat juga, pemain sentiasa bersaing merebut tempat. Itu sudah cukup baik,” ujarnya lagi.

Pada perlawanan malam tadi, Penang FC mula menunjukkan taring di laman sendiri apabila menewaskan KDN FC 3-0 menerusi jaringan pertama yang ditanduk penyerang import dari Brazil, Rodrigo Dias, minit ke-14.

Jaringan kedua pasukan tuan rumah dihasilkan pemain tengahnya, Nik Akif Syahiran Nik Mat, selang minit ke-34 dan gol ketiga pula disudahi Kapten pasukan, Rafael Vitor, pada babak kedua perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI