fbpx

Pemandu terselamat kepala treler berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler mangsa yang remuk teruk di KM 16 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang pemandu treler terselamat selepas merempuh sebuah lori lain akibat masalah brek di persimpangan lampu isyarat di Kilometer (KM) 16 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Kemalangan itu hanya menyebabkan mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an cedera di tangan dan kaki biarpun keadaan kepala trelernya remuk dan hampir berkecai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati treler dipandu mangsa dalam perjalanan dari Ijok menuju ke Kuala Selangor.

“Setibanya di lampu isyarat, treler itu mengalami masalah brek hingga menyebabkan mangsa melanggar belakang sebuah lori lain.

“Pemandu treler itu bagaimanapun terselamat dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Mohd. Ambia, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI