fbpx

Pelanggan seronok, sanggup bayar untuk ditampar wanita sasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bar menawarkan perkhidmatan menampar pelanggan di Tokyo. - Foto AFP

TOKYO  – Sejumlah pelanggan sanggup mengeluarkan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan wanita sasa menampar pipi mereka di Tokyo, Jepun, lapor portal berita asiaone hari ini.

Pelanggan itu bukan sahaja terdiri daripada lelaki tetapi juga wanita yang akan ditampar oleh kaum sejenis mereka di sebuah bar.

Menurut pengurusan bar berkenaan,antara perkhidmatan yang disediakan selain menampar ialah menendang pelanggan dan  membawa pelanggan di atas bahu wanita sasa. 

Pelayan-pelayan sasa itu terdiri daripada pengamal seni mempertahankan diri jiu-jitsu Brazil, pesohor kecergasan, ahli gusti profesional dan aktres, lapor akhbar South China Morning Post.

Pengunjung bar itu termasuk pelancong dari seluruh dunia, terutamanya selepas video tentang kakitangan dan perkhidmatannya yang unik menjadi tular di media sosial.

Bayaran yang dikenakan  kepada pelanggan ialah 2,000 yen (RM60.47) untuk 30 minit dengan minuman diberikan percuma.

Beberapa pelanggan berkata, mereka seronok ditampar kerana dapat membantu menghilangkan tekanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI