fbpx

Pelan hala tuju penyahkarbon penerbangan dilancar September ini – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melancarkan pelan hala tuju penyahkarbon penerbangan pada September ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelan hala tuju itu akan bertindak sebagai garis panduan dasar ke arah penyahkarbonan melibatkan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang selain memanfaatkan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Beliau berkata, Jemaah Menteri telah mengesahkan dan meluluskan pelan hala tuju berkenaan untuk dilaksanakan.

“Pelan hala tuju itu dirangka berdasarkan input daripada pihak berkepentingan syarikat penerbangan dan industri penerbangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.

SAF ialah bahan api cecair yang kini digunakan dalam penerbangan komersial yang mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sehingga 80 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI