fbpx

Pekerja kilang maut dihempap forklift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menjalankan siasatan susulan selepas kematian seorang pekerja lelaki akibat dihempap jentera pengangkut (forklift) di sebuah kilang pembuatan di Bukit Mertajam di sini, Isnin lalu.

Menerusi satu kenyataan, JKKP berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa yang merupakan warga asing ketika kejadian sedang menjalankan kerja mengangkat dan memindahkan barang di dalam kawasan logistik kilang berkenaan.

“Bagaimanapun,mangsa dilaporkan dihempap oleh ‘forklift’ yang hilang keseimbangan semasa memindah barang-barang terbabit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Justeru, kita segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan berhubung insiden itu dan satu notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan terhadap kilang terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, majikan diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada Jabatan.

“Dalam pada itu, kita juga akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenalpasti dan lawatan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI