fbpx

Pearly-Thinaah rebah di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (depan) dan Thinaah sudah memberikan segala-galanya, namun terpaksa akur tewas kepada Qing Chen-Yi Fan di separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024. - OCM

KUALA LUMPUR – Cabaran beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris sebentar tadi, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 21-18, 15-21 dalam tempoh 78 minit.

Lebih mengecewakan, keputusan itu turut menyaksikan Pearly-Thinaah tidak dapat menebus kekalahan 17-21, 20-22 kepada pasangan tersebut pada aksi peringkat Kumpulan A yang berlangsung minggu lalu.

Meskipun tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir, namun pencapaian pasangan No.12 dunia itu boleh dibanggakan apabila mereka menjadi beregu wanita pertama negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir di pentas Olimpik.

Pearly-Thinaah kini menantikan keputusan perlawanan antara satu lagi beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning menentang Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun bagi mengetahui siapakah lawan mereka pada aksi penentuan pingat gangsa esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI