fbpx

PATI gadai nyawa elak dicekup Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan melakukan kesalahan imigresen dalam serbuan di sebuah pangsapuri, Jalan Segambut, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sanggup bergadai nyawa berpaut di jeriji besi luar beranda tingkat 10 pangsapuri bagi mengelakkan diri daripada dicekup penguatkuasa.

Bagaimanapun, selepas dipujuk dan kepenatan, lelaki Bangladesh itu akhirnya menyerah diri sebelum ditahan kerana dokumen perjalanan tamat tempoh serta tidak mempunyai pas pekerja.

“Tak tahu fikir apa, saya takut sebab itu saya buat macam ini, otak tidak boleh fikir, cemas,” kata lelaki itu yang juga penyewa unit kediaman tersebut.

Demikian antara aksi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diserbu Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL) dalam operasi sebuah pangsapuri di Jalan Segambut, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 103 individu diperiksa dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam itu.

“PATI ditahan terdiri daripada enam lelaki Bangladesh, lelaki Indonesia (dua), wanita Indonesia (dua), lelaki Filipina (dua) dan masing satu lelaki dari Pakistan dan Myanmar.

“Kesemua PATI berusia lingkungan 2 hingga 60 tahun ditahan kerana kesalahan tiada pas perjalanan, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63,”katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan susulan aduan dan maklumat daripada orang awam berhubung kehadiran PATI di kawasan itu.

Katanya, pemantauan dan operasi penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan bagi membendung isu kebanjiran PATI di ibu negara.

Sementara itu wakil penduduk, Steve, 42, berkata majoriti penghuni di pangsapuri itu mengadu berasa tidak selesa dengan kehadiran PATI terbabit yang dikatakan sering membuat onar di kawasan itu.

“Mereka (PATI) keluar masuk sesuka hati dan betukar-tukar penyewa sehingga kami tidak dapat cam wajah mereka.

“Kalau mereka tinggal di sini tidak buat masalah kami tidak kisah tetapi ramai yang naik kepala hingga ada yang minum minuman keras di tepi kolam renang,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI