fbpx

Operasi imigresen cuba diganggu ‘tali barut’ PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imigresen Selangor menahan PATI dalam serbuan di kawasan sekeliling Kajang, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi, Isnin lalu.

KAJANG – Kegiatan warga tempatan menjadi tali barut kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan melalui satu serbuan Jabatan Imigresen (JIM) di sini, Isnin lalu.

Ia berikutan aktiviti mencurigakan seorang PATI warga Indonesia yang cuba memadam perbualan di dalam kumpulan WhatsApp selepas ditahan sekitar pukul 2 petang itu.

Semakan mendapati terdapat perkongsian seorang warga tempatan di dalam kumpulan tersebut berhubung kehadiran JIM serta mengarahkan agar warga asing segera beredar.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 34 PATI ditahan termasuk lima wanita hasil pemeriksaan 166 warga asing.

Katanya, operasi dilaksanakan di 36 premis termasuk kawasan sekeliling di Kajang, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi.

“PATI yang ditahan terdiri daripada 12 Indonesia, Bangladesh (16), Myanmar (3), Nepal (2) dan seorang India.

“Kebanyakan mereka ini bekerja di restoran dan kedai runcit,” katanya hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahan yang dikesan ialah masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah selain langgar syarat pas.

Kata Khairrul, kesemua PATI berusia 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI