fbpx

Nenek kenakan bayaran untuk jaga cucu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAROLINE Duddridge mengenakan bayaran untuk menjaga cucunya sendiri. - Foto Caroline Duddridge

LONDON – Seorang nenek sanggup mengenakan bayaran terhadap anak sendiri untuk menjaga cucu-cucunya, lapor laman berita The Sun kelmarin.

Caroline Duddridge, 65, merupakan ibu kepada lima anak dan juga mempunyai tujuh orang cucu.

Suaminya, Brian meninggal dunia ketika berumur 67 tahun akibat kanser pankreas pada Disember 2015, manakala Caroline tidak lagi mengajar pada Disember 2018.

Pekerjaannya sebagai pengasuh bermula apabila anaknya, Amanda, 39, bertanya sama ada dia akan menjaga cucunya dua hari penuh dalam seminggu.

Dia mengenakan bayaran sebanyak £15 (RM88.55) untuk setengah hari bagi setiap kanak-kanak atau sehingga £50 (RM295.20) untuk sehari penuh.

Menurutnya, dia memperoleh pendapatan sebanyak £25,000 (RM147,603) selepas mengenakan bayaran untuk menjaga cucunya.

Dia menjaga tiga cucu dari pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) hingga 5 petang (waktu tempatan) selama empat hari seminggu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI