fbpx

Lelaki pukul kekasih dicekup lepas kes tular di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang positif dadah ditahan selepas mencederakan teman wanitanya dan melakukan ugutan jenayah dalam kejadian di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu dibuat selepas didedahkan oleh ‘anonymous member’ di Facebook Port Dickson Area (Official) pada pukul 12.15 tengah hari semalam.

“Pemilik akaun itu memaklumkan suspek memukul kakaknya dan satu laporan telah dibuat oleh mangsa pada pukul 11.44 pagi semalam.

“Bertindak atas maklumat, teman lelaki mangsa telah ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Port Dickson pada pukul 11.50 malam tadi (1 Ogos) di Bandar Sunggala, Teluk Kemang,” katanya kepada pemberita hari ini.

HANTARAN tular di Facebook apabila seorang pemilik akaun memaklumkan kakaknya telah dipukul suspek.

Jelas Aidi Sham, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 9 malam, 28 Julai lalu di Pasir Panjang selepas mangsa dan suspek bertengkar kerana cemburu.

“Mangsa mengalami kecederaan lebam di muka dan luka di mulut. Suspek turut mengugut adik mangsa untuk menyebarkan gambar milik kakaknya,” katanya.

Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga rekod kes dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama atas kesalahan ugutan jenayah.

“Suspek dibawa Mahkamah Majisteret di sini dan dibenarkan direman empat hari sehingga 5 Ogos ini untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI