fbpx

Larang kenderaan berat keluar, masuk Pulau Pinang waktu puncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan berat memasuki jalan-jalan utama di Pulau Pinang pada waktu puncak menyebabkan kesesakan.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan larangan ke atas kenderaan berat memasuki jalan-jalan utama di negeri ini pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan.

Presidennya, Mohideen Abd. Kadeer berkata, tinjauan CAP mendapati pergerakan kenderaan barangan dan pembinaan pada waktu puncak khususnya pada waktu pagi dan petang, menyumbang dengan ketara kepada kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, antara laluan yang paling sesak adalah di Jalan Masjid Negeri dan Jalan Scotland.

“Jalan-jalan ini adalah antara yang paling sibuk di Pulau Pinang dan kesesakan ini diburukkan lagi dengan terdapatnya beberapa sekolah di sepanjang laluan itu.

“Peningkatan semasa kenderaan di bandar raya ini menyebabkan kelewatan yang ketara, dengan beberapa pengguna melaporkan mengambil masa perjalanan lebih sejam untuk sampai ke destinasi mereka,” katanya di sini hari ini.

Beritahunya, bagi menangani isu ini, CAP mencadangkan agar kenderaan berat dilarang memasuki jalan-jalan utama ke pusat bandar dari pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan dari 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

“Langkah yang sama telah dilaksanakan di Kuala Lumpur sejak 2022. JPJ telah menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat dengan berat muatan melebihi 7,500 kg daripada memasuki pusat bandar pada waktu puncak yang sama.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik aliran lalu lintas dan mengurangkan kesesakan di kawasan bandar,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI