fbpx

Kondo koloni warga Afrika diserbu, wanita Tanzania diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara unit kediaman yang diperiksa dalam serbuan Op Pintas Wakanda di sebuah kondominium di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pagi tadi. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Tanzania berusia 24 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks diselamatkan polis dalam serbuan Op Pintas Wakanda di sebuah kondominium di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Operasi bermula pukul 10.30 pagi itu dilaksanakan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang turut memeriksa beberapa warga asing di lokasi serbuan.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat seorang lelaki warga Nigeria bertindak agresif ketika pemeriksaan dilakukan terhadap unit rumah didiaminya, namun berjaya dikawal pasukan serbuan.

Pemeriksaan turut dibantu Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat sebarang kesalahan membabitkan jenayah narkotik dilakukan kumpulan tersebut.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi tersebut dilakukan dengan kerjasama Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri.

Kata beliau, seramai 20 individu ditangkap termasuk sembilan wanita dan dua kanak-kanak iaitu perempuan serta lelaki berusia dua dan empat tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 warga Nigeria, Uganda (2), Tanzania (3) dan seorang Maldives,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, dua lelaki warga Nigeria berusia 33 dan 35 tahun disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Atipsom 2007, manakala tangkapan lain diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Tambah Mohd. Shuhaily, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI