fbpx

Jiran mati dipukul kerap tanya ‘bila nak kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dipercayai memukul mangsa gara-gara berang kerana kerap ditanya bila hendak berkahwin. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 45 tahun di Indonesia ditahan selepas nekad membunuh jirannya kerana kerap ditanya bila hendak berkahwin, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Kejadian berlaku di Pasar Simangambat, wilayah Sumatera Utara pada 29 Julai lalu. 

Suspek bernama Parlindungan Siregar dilaporkan memukul mangsa menggunakan kayu sehingga meninggal dunia. 

Menurut pegawai polis tempatan, AKP Maria, suspek juga dipercayai memukul mangsa akibat berang kerana ditanya bila hendak berkahwin. 

“Mangsa sempat melarikan diri tetapi dikejar oleh suspek dan dipukul berkali-kali di bahagian kepala. 

“Pembunuhan itu berhenti selepas seorang individu meleraikan mereka dan mengambil kayu tersebut,” kata AKP Maria. 

Meskipun berjaya diselamatkan, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah. 

Polis berjaya menahan suspek dan dibawa ke Balai Polis Tapanuli Selatan untuk disoal siasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI