fbpx

Jenazah ADUN Mahkota selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK bongsu Allahyarham Sharifah Azizah, Wan Harizahtul Nadia Abu Bakar menabur bunga sambil diperhatikan abangnya, Wan Mohd Hibatullah di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tengah, Kluang hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KLUANG – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.25 petang di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah Kampung Tengah di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Sharifah Azizah, 64, disolatkan di Masjid Jamek Kampung Tengah selepas dituntut ahli keluarga di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini.

Kira-kira lebih 500 ahli keluarga, rakan seperjuangan dan masyarakat setempat turut hadir memberi penghormatan terakhir.

hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Rabu lalu, akhbar melaporkan Sharifah Azizah, 64, dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalaman.

Beliau menghembus nafas terakhir pada pukul 12.25 tengah hari tadi di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Johor, dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Sebelum itu, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022.

Beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain Idrus Shahab Al-Haj yang merupakan bekas Speaker DUN Johor paling lama berkhidmat, iaitu dari 1978 hingga 1990. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI