fbpx

Inisiatif Rebat Rahmah Pengamal Media diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media yang diperkenalkan pada tahun lepas akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media Tahun 2024 ialah tawaran rebat bil telefon pelan pascabayar (postpaid) kepada pengamal media untuk bayaran bil bulan Ogos ini.

Jelasnya, rebat ini diberikan secara ‘one-off’ khusus buat pengamal media sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Insentif ini terbuka kepada pengamal media berstatus warganegara Malaysia, pemegang Kad Perakuan Media (belum tamat tempoh) yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dan sedang melanggan pelan pascabayar dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) terlibat.

“Pengamal media yang layak disarankan untuk mengemas kini nombor telefon pascabayar dan maklumat lain yang berkaitan melalui Sistem eMedia Japen di pautan http://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum 31 Ogos 2024 untuk menikmati insentif ini,” katanya hari ini.

Kenyataan itu berkata, pemberian rebat ini hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja serta tertakluk kepada terma dan syarat telco yang terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile), Tunetalk, XOX Com dan YTL Communications (YES).

“Maklumat lanjut mengenai Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media Tahun 2024 boleh dirujuk menerusi Soalan Lazim (FAQ) di pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI