fbpx

Ibu buang bayi atas busut semut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang baru dilahirkan itu ditemui di atas sarang semut di Milenino, Russia. - Newsflash

MOSCOW – Seorang wanita di Russia ditahan polis selepas nekad membuang bayi yang baru dilahirkan di atas busut yang merupakan sarang semut, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Bayi perempuan berusia sehari itu ditemui dalam keadaan dihurung semut dan panas matahari di Milenino iaitu sebuah perkampungan kecil di Russia. 

Menurut individu yang menemuinya, Nikolai Pakhomov, dia terdengar tangisan yang pada mulanya disangka anak kucing sebelum bergegas menghubungi pihak polis dan pasukan paramedik. 

“Saya mendail nombor kecemasan ‘112’ dan menghubungi pasukan paramedik. Saya juga menanggalkan baju, membungkus bayi itu dan membawanya ke dalam ambulans,” kata Nikolai. 

Beberapa doktor berkata, mangsa berada dalam keadaan sihat selain mengalami gigitan semut dan panas matahari. 

Media tempatan melaporkan bahawa bayi itu berada dalam jagaan jabatan perkhidmatan masyarakat, manakala sepasang sepasang suami isteri menunggu untuk mengambilnya sebagai anak angkat. 

Polis kemudian menahan ibu kandung bayi tersebut, Nadezhda Sorokina yang berusia 32 tahun dari Fatezh. 

Nadezhda mengaku melahirkan bayi itu pada 22 Julai lalu sebelum meninggalkannya kerana tidak mampu memberi makan.

Jiran Nadezhda, Veronika Dokukina berkata, suspek memutuskan untuk meninggalkan bayinya selepas berpisah dengan suaminya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI