fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara pada petang ini termasuklah Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terjejas di Perak adalah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta beberapa lokasi tumpuan negeri Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Kuantan.

“Di Selangor, hujan lebat pada sebelah petang hari ini lebih tertumpu sekitar Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh kawasan Kuala Lumpur.

“Cuaca buruk yang sama turut melanda Negeri Sembilan meliputi daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” lapor MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat juga diramal berlaku membabitkan seluruh negeri Melaka dan sebahagian kawasan di Johor, antaranya Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi.

“Hujan di Sarawak berlaku sekitar Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi negeri Sabah pula tertumpu di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat serta Labuan,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI