fbpx

Hujan di Kedah, Perak, Selangor berlarutan ke malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca buruk yang sedang melanda di beberapa kawasan terutamanya Kedah, Perak dan Selangor pada petang ini bakal berlarutan hingga pukul 9 malam nanti.

Menerusi laporan cuaca MetMalaysia di Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Bagi negeri Terengganu pula, ia lebih tertumpu sekitar Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman),” lapor MetMalaysia.

Dalam laporan yang sama, hujan lebat juga berisiko di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Seluruh kawasan Putrajaya juga berdepan cuaca buruk sehingga malam nanti dan tidak terkecuali beberapa daerah di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

“Di Johor hujan lebat berserta ribut petir dijangka berlaku di daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi) serta sebahagian besar kawasan negeri Sarawak dan Sabah termasuklah Labuan,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI