fbpx

Generasi Z manja, paling ramai menangis di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki berjalan di London. - Foto AFP

LONDON – Generasi Z merupakan kumpulan umur yang paling banyak menangis di tempat kerja, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh firma Vision Direct seperti laporan akhbar Metro UK.

Penduduk yang lahir lewat tahun 1990-an hingga 2012 adalah dikategorikan sebagai kumpulan umur generasi Z.

Dalam kajian itu, sebanyak 34 peratus responden mengaku pernah berbuat demikian kerana pelbagai sebab terutamanya tekanan di tempat kerja, manakala angka tersebut jauh berbeza berbanding golongan Boomers.

Golongan Boomers yang lahir dari tahun 1946 hingga 1954 yang menangis di tempat kerja adalah sekitar 7 peratus sahaja.

Kajian baharu itu turut mendedahkan bahawa lebih satu pertiga daripada keseluruhan warga Britain telah menangis di tempat kerja sekurang-kurangnya sekali pada tahun lalu.

Sebanyak 55 peratus daripada mereka menyebut tekanan sebagai pencetus yang menyebabkan mereka menangis.

Dalam tinjauan terhadap 2,000 pekerja, sebanyak 27 peratus menganggap keletihan yang mengakibatkan mereka menangis.

Namun, sebanyak 15 peratus lagi berkata, kerja itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan mereka menangis.

Dua pertiga daripada mereka yang menangis di sekeliling rakan sekerja mereka adalah wanita berbanding 34 peratus lelaki. 

Keputusan kajian itu menunjukkan wanita juga tiga kali lebih cenderung menangis akibat keletihan di tempat kerja  berbanding lelaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI