fbpx

Koperal, konstabel peras ugut warga asing kena dakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ridzuan dan Muhammad Najmi ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini.-Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KAJANG – Dua anggota polis yang tular disyaki melakukan pemerasan ke atas warga asing di Balakong didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Walau bagaimanapun tertuduh, Koperal Nik Ridzuan Nik Man, 39, dan Konstabel Muhammad Najmi Mohd. Khodri, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz.

Mereka didakwa sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada warga Myanmar Wai Lin Phyo, 29, bahawa dia akan ditangkap sehingga mendorong lelaki itu  menyerahkan wang RM300.

Kesalahan dilakukan di tepi jalan Taming Sari 1, Balakong pukul 11.30 pagi pada 28 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh, namun peguam Muhamad Wafiq Hadie memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya menanggung tiga anak dan isteri.

Sementara itu, peguam Mohd. Fikah Sanusi yang mewakili Muhammad Najmi memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

“Anak guam masih berkhidmat sebagai anggota polis dan memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan. Tiada risiko anak guam melarikan diri kerana mereka masih penjawat awam,” katanya.

Nurul Hafzan kemudian menetapkan jaminan RM4,000 seorang dan menetapkan tarikh 3 September ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Polis Selangor menahan dua anggota polis selepas disyaki melakukan pemerasan ke atas warga asing. Kejadian itu kemudian tular dalam media sosial.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI