PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dilihat berlaku di seluruh negara pada sebelah pagi hari ini.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai yang berkongsi suasana tanpa hujan di kawasan masing-masing selain meluahkan rasa syukur berdepan cuaca baik di pagi Jumaat ini.
Sementara itu, semakan di Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula, tiada sebarang amaran cuaca buruk dikeluarkan.
Bagaimanapun, hujan lebat serta ribut petir hanya berlaku di daerah Mukah negeri Sarawak, namun sudah kembali reda pada pukul 9 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE