fbpx

Bukan sijil tamat sekolah, tapi kad jemputan kahwin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kad jemputan perkahwinan menyerupai sijil tamat sekolah. - TikTok @jurnalrised

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Palembang, Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas menghasilkan kad jemputan perkahwinan menyerupai sijil tamat sekolah, lapor saluran berita Tribun semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @jurnalrised memaparkan kad jemputan tersebut yang disediakan dengan sampul surat. 

“Bukan sijil tamat sekolah, tetapi kad jemputan perkahwinan,” demikian menurut keterangan video.

Kad jemputan itu juga memiliki foto pasangan pengantin, lengkap dengan cop buatan sendiri serta dua cap jari di halaman depan. 

Halaman belakang pula menampilkan alamat dan lokasi di mana majlis perkahwinan mereka berlangsung. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 2.5 juta tontonan serta lebih 140,000 tanda suka. 

“Sangat unik dan kelakar,” kata netizen. 

“Dulu saya buat corak ‘CV’. Semua buat sendiri, cetak sendiri dan susun pun sendiri,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI