fbpx

Anwar solat jenazah ghaib di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Masjid Negara bagi menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD ILHAM SYIR’ABBASY ZAKARIA / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat jenazah ghaib atas pemergian Pengerusi Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Masjid Negara hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di pekarangan Masjid Negara pada pukul 12.50 tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,000 jemaah.

Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Solat jenazah ghaib untuk pemimpin Hamas yang maut akibat serangan rejim Israel tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI