fbpx

Allahyarham Sharifah Azizah tempat bergurau, ‘bergaduh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI

KLUANG – Wanita UMNO Malaysia menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain sebagai pemimpin berjasa terutama kepada masyarakat setempat, bahkan tetap bekerja walaupun dalam keadaan sakit.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sebagai rakan tempat bergurau dan ‘bergaduh’, pemergian Allahyarham Sharifah Azizah amat dirasakan.

Katanya, arwah yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia sentiasa turun padang menemui masyarakat setempat kerana rakyat adalah keutamaan dalam baginya sepanjang berkhidmat.

“Wanita UMNO Malaysia amat terasa kehilangannya, corak kepimpinannya sukar untuk dicari ganti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Johor, Asiah Md. Ariff berkata, sebahagian kehidupan Allahyarham hanya dihabiskan bekerja untuk masyarakat apabila mula menjadi ahli UMNO sejak berusia 18 tahun lagi.

Ujarnya, sepanjang penglibatan dalam parti, kira-kira 35 tahun arwah menjawat jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang selain menjadi ADUN sejak 2018 (di Dun Penawar dan Mahkota).

Dalam pada itu, Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Zarkashi berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan memaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

“Kita dukacitalah kehilangan beliau apatah lagi saya pun pernah bersama-sama dengan beliau sebagai Ahli Dewan Negara. Tetapi untuk menghormati keluarga dan juga Allahyarham yang baru meninggal, jadi saya tak nak lah buat sebarang kenyataan lagi tentang kerusi DUN Mahkota. Tunggulah esok lusa saya akan keluarkan kenyataan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI