fbpx

Allahyarham Sharifah Azizah kuat kerja, bela nasib rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Sharifah Azizah

JOHOR BAHRU – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain sebagai pemimpin UMNO yang kuat dan rajin bekerja.

Menurut Pengerusi MCA Johor itu, sumbangan Allahyarham Sharifah Azizah amat besar kepada parti dan akan dikenang sampai bila-bila.

“Takziah buat ahli keluarga Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, ADUN Mahkota, Johor yang telah meninggal dunia hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Menurutnya, sebagai Ahli Parlimen Johor, beliau melihat sendiri usaha Allahyarham untuk membela nasib rakyat di kawasannya.

“Pemergian beliau pastinya dirasai bukan sahaja warga Mahkota, tetapi juga Johor khususnya kaum wanita. Sumbangan dan bakti beliau kepada masyarakat serta negara pasti akan diingati sampai bila-bila,” katanya.

Allahyarham Sharifah Azizah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI