fbpx

ADUN Mahkota meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Azizah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

KLUANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini sebentar tadi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Sharifah Azizah, 63, sebagai satu perkhabaran duka.

“Pemergian YB (yang Berhormat) Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi.

“Jasa dan bakti beliau untuk negeri Johor khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Sebelum ini, Sharifah Azizah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HEBHK akibat pendarahan dalaman.

Sharifah Azizah yang merupakan Ketua Wanita UMNO Kluang ialah bekas Ketua Wanita UMNO Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI