fbpx

28 rumah atas air Kampung Simunul rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 28 rumah atas air di Kampung Simunul roboh akibat kejadian ribut yang melanda tengah hari semalam. - Foto bomba

SEMPORNA – Sebanyak 28 rumah atas air di Kampung Simunul roboh akibat kejadian ribut yang melanda tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kejadian terbabit tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 12 tengah hari.

“Anggaran keluasan kawasan rumah yang roboh kira-kira 200 meter.

“Pasukan bomba telah membuat operasi mengosongkan bangunan rumah dengan memasang sawar,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan bomba turut membantu memindahkan mangsa untuk berkumpul di kawasan darat iaitu ke dewan terdekat.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan seterusnya operasi ditamatkan pada pukul 5.31 petang.

“Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kita masih menunggu laporan daripada pihak berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI