fbpx

1,697 projek bernilai lebih RM72 bilion sedang berjalan di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (tiga dari kanan) melawat tapak Projek Penggantian Jambatan FT008/342/80 Sungai Durian, Kuala Krai hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KUALA KRAI – Sebanyak 1,687 projek aktif dengan kos RM72.61 bilion sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek-projek itu melibatkan infrastruktur jalan raya, jambatan dan bangunan seperti sekolah daif.

“Sebanyak 87 projek sudah disiapkan setakat bulan lalu meliputi 34 projek infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan. Ia juga melibatkan sebanyak 42 binaan bangunan dan 11 lagi lain-lain projek.

“Kerajaan sentiasa komited untuk menyiapkan semua projek yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penggantian Jambatan FT008/342/80 Sungai Durian, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, sebanyak 88 projek di Kelantan sedang dalam proses pembinaan melibatkan kos berjumlah RM7.9 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 38 projek membabitkan bangunan, 12 projek jambatan, 37 projek jalan dan satu projek jalan raya sudah siap dilaksanakan.

Sementara itu, Alexander berkata, projek penggantian Jambatan Sungai Durian dijangka dapat disiapkan pada Julai tahun depan.

Katanya, kemajuan fizikal projek itu sehingga 15 Julai lalu dianggarkan sebanyak 39 peratus dengan kos kontrak semasa bernilai RM16 juta.

“Projek itu dimulakan pada Jun 2021 dan sudah diberikan lanjutan masa sebanyak tiga kali. Kelewatan pelaksanaan projek itu disebabkan oleh masalah pembekalan komponen, kenaikan kos bahan dan kerja pengalihan utiliti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI