fbpx

Wanita nyaris dibunuh suami, dicekik dan ditolak ke gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seorang wanita menempuh pengalaman menakutkan apabila nyaris maut di tangan suami sendiri selepas dicekik dan ditolak ke dalam gaung di Kilometer 31.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kejadian bermula selepas wanita berusia 32 tahun itu dibawa suami berusia 39 tahun pada hari Jumaat sekitar pukul 5.30 petang ke Perak dari tempat kerja di Kuala Lumpur atas alasan mahu pulang ke kampung.

Katanya, sepanjang perjalanan, berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum suspek memberhentikan kereta dan mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau.

“Semasa pertengkaran itu, mangsa merayu kepada suspek namun lelaki itu telah mencekik lehernya.

“Mangsa kemudian bertindak terjun dari kereta namun telah dimasukkan semula ke dalam kenderaan oleh suaminya sebelum lelaki itu memecut laju kereta sehingga tiba di Kilometer 31.2 JRTB Gerik-Jeli sekitar pukul 4 ke 5 pagi.

“Ketika di lokasi itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek sebelum wanita itu ditarik keluar dan berlaku pergelutan, dengan mangsa ditolak sehingga jatuh masuk ke dalam gaung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera telah menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai orang awam sekitar pukul 2 petang.

Katanya, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan Hospital Gerik mendapati mangsa mengalami kesan calar dan luka selain lebam pada badan. Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Taiping.

“Ekoran kejadian itu, usaha mengesan suspek dijalankan sebelum lelaki itu ditangkap oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling semalam kerana terlibat dalam kes jenayah di daerah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI