fbpx

Wanita disaman RM1,277 tunjuk lambang hati ketika tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita didenda kerana tunjuk lambang hati ketika tunggang motosikal. - Foto Tangkap Layar/tuoi tre news

HANOI  – Seorang wanita di Vietnam disaman 7 juta dong (RM1,277) dan lesen memandunya dibatalkan selama tiga bulan, lapor portal berita tuoi tre news kelmarin. 

Polis trafik Wilayah Quang Ngai, tengah Vietnam berkata, wanita itu dia didapati menunggang motosikalnya tanpa memegang hendal dan membuat bentuk hati. 

Video aksi tersebut menjadi tular di media social.

Kesalahan trafik itu dilakukan di Jambatan Thach Bich, Bandar Quang Ngai dalam  wilayah yang sama.

Polis trafik kemudian  mengenal pasti akaun media sosial yang memuat naik rakaman video itu.

Identiti wanita dalam klip video itu kemudian diketahui sebagai N.T.V.H., seorang penduduk Wilayah Ha Tinh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI