fbpx

[VIDEO] Rider patah balik tolong tolak Kancil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan tindakan seorang penghantar makanan membantu menolak sebuah Kancil yang rosak di persimpangan lampu isyarat.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan lelaki mendapat pujian ramai selepas tindakan murninya membantu menolak sebuah kereta yang rosak di persimpangan lampu isyarat, baru-baru ini.

Tindakannya itu sempat dirakam pengguna jalan raya yang lain dan video tersebut menjadi tular di media sosial dengan lebih 1.2 juta tontonan selepas dikongsikan di akaun TikTok @cempakaberduri33 semalam.

Dalam video tersebut, kelihatan penghantar makanan berbangsa India itu menolak kereta jenis Perodua Kancil yang rosak seorang diri.

Difahamkan juga, lelaki itu sanggup berpatah balik demi membantu mangsa terbabit apabila tidak ada seorang pun yang menghulurkan bantuan kepada pemandu kenderaan.

Atas sebab kelakuan baiknya, pemilik TikTok @cempakaberduri33 turut meminta orang ramai untuk mencari lelaki berkenaan dan atas tujuan apa belum dapat dipastikan.

“Tolong cari dan viralkan abang Foodpanda Indian ni sampai jumpa. Semua orang tengok je, tapi dia patah balik tolong girl (perempuan) dalam kereta itu tolak ke tepi jalan,” tulis pemilik akaun TikTok terbabit.

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap lelaki terbabit kerana sanggup meluangkan masa membantu mereka yang dalam kesusahan meskipun sedang bekerja.

Sementara itu, penghantar makanan terbabit turut meninggalkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas doa serta pujian yanh diberikan.

Dia yang menggunakan akaun TikTok @gunsi11 berkata, dia hanya membantu mereka yang memerlukan tanpa meminta sebarang balasan ataupun pujian.

“Terima kasih semua komen baik untuk saya. Saya tolong sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@cempakaberduri33 thank you, bro. the good boy ..living in Malaysia is amazing. we are so blessed. Ini dinamakan serumpun #viralvideo #viral #berandatiktok @foodpanda Malaysia @foodpanda riders MY ♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI