fbpx

Kes samun: Tiga aggota polis disiasat akta senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Polis Selangor mengesahkan menahan tiga anggotanya dipercayai terlibat dengan kes samun warga asing dalam kejadian di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih, di sini, semalam.

Dua suspek dipercayai terlibat dengan kes tersebut ditahan di Batalion 19, Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor, sementara seorang lagi suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian samun melibatkan penjawat awam itu berlaku sekitar pukul 12.17 malam.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). Jika disabit dengan kesalahan hendaklah dihukum mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai tangkapan yang dibuat, Hussein memaklumkan sepasukan polis daerah Kajang telah menahan kedua-dua suspek berusia 32 hingga 35 tahun pada pukul 12.20 malam tadi.

“Seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun telah serahkan diri pada hari ini sekitar pukul 1 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang,” katanya.

Jelas beliau, dua orang suspek direman bermula hari ini hingga Rabu hadapan manakala seorang lagi suspek akan dibuat permohonan reman esok.

Tegas Hussein, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis atau pegawai rendah polis yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI