fbpx

Tak tahu kenapa mereka berselera dengan saya – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berpenampilan ‘tomboi’, kasar dengan potongan rambut pendek, itu bukan pendekatan sengaja penyanyi Ara Johari mengelak daripada berdepan mesej tidak senonoh daripada peminat lelaki dalam media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izatie Johari, 27, juga menolak dakwaan kononnya lebih diminati kaum sejenis yang mahu menggodanya

Jelas Ara, situasi sebegitu bagaimanapun tidak meninggalkan rasa tertekan dalam diri memandangkan dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk membiarkan saja komen-komen tersebut.

“Semasa saya berpenampilan kasar dahulu pun memang ada mendapat mesej tidak senonoh daripada lelaki. Tidak tahu mengapa mereka berselera dengan saya.

“Saya rasa stres bila selalu dapat mesej begitu. Apabila dapat mesej seperti itu saya buat tidak tahu dan abaikan saja.

“Semua mesej yang saya terima daripada lelaki, tidak pernah dapat daripada wanita, tetapi tidak tahu jika mereka menggunakan akaun palsu atau bagaimana,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single baharunya, Menjaga Jodoh Orang Lain.

Namun, Ara tidak menolak komen yang diterima daripada wanita kebanyakan memuji penampilannya yang kini lebih feminin.

“Saya tidak pernah dapat mesej bukan-bukan daripada mereka (peminat wanita), tetapi rata-rata memuji penanpilan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ara berasa bertuah dapat bekerjasama dengan komposer Indonesia, Ilham Baso menerusi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain.

Tambahnya, lagu tersebut diinspirasikan daripada pengalaman dirinya sendiri yang sebelum ini pernah putus cinta.

“Saya jatuh cinta ketika kali pertama dengar demo lagu ini. Kebetulan ketika itu memang sedang patah hati.

“Saya sangat bertuah dapat bekerja dengan pemuzik handal Indonesia. Ia merupakan satu pengalaman baru dalam kerja seni saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI