fbpx

Solat jenazah ghaib Jumaat ini – Pemangku Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ARAU – Umat Islam di seluruh negeri ini digalakkan untuk melaksanakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh sejurus menunaikan solat Jumaat.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Adalah dihebahkan bahawa Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin telah mengampuni limpah perkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Ismail Haniyeh Rahimahullah di masjid-masjid seluruh negeri Perlis.

“Dimaklumkan bahawa pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas Rahimahullah di masjid-masjid seluruh Perlis adalah diselaraskan sejurus selepas solat Jumaat bertarikh 2 Ogos 2024,” demikian titah baginda yang termaktub di Istana Arau, di sini sebentar tadi.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, umat Islam adalah digalakkan menyertai solat berkenaan seperti mana diperkenan baginda Raja Perlis berdasarkan sunnah Rasulullah.

“Sesungguhnya pemergian Ismail Haniyeh Rahimahullah merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Palestin dan umat Islam serta didoakan juga Rahimahullah ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan para solihin,” titah baginda lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI