fbpx

Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh di 3 masjid utama malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat jenazah Ghaib Almarhum Ismail Haniyeh di tiga masjid utama selepas solat Maghrib malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, solat berkenaan akan berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

“Jakim menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Jakim amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang telah kembali ke rahmatullah pada semalam.

“Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI